mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN – PUAN NILAM BINTI KABUL

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nilam binti Kabul

Tarikh Lahir : 13 Mac 1968

Umur : 51 Tahun

Pekerjaan : Suri Rumah

Pendidikan : SPM

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 5 orang anak. Suami saya bekerja sebagai anak kapal di laut. Oleh itu, dia jarang berada di rumah bersama keluarga. Untuk mengisi masa yang terluang, saya mengisi masa lapang saya dengan membuat kraftangan. Saya telah berpeluang untuk mengikuti kursus membuat bakul daripada bahan terbuang. Bermula dari situlah saya mengembangkan bakat saya dalam pembuatan bakul.

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet Kg Penan Muslim, saya langsung tidak tahu menggunakan aplikasi telefon bimbit dan komputer.oleh itu, sukar untuk saya mendapatkan bahan  rujukan untuk saya mencari idea-idea terbaru

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selapas mengikuti kelas asas ICT yang diadakan di Pusat Internet Kg Penan Muslim, saya mula mengetahui dan mahir dalam ilmu ICT. Selain itu saya juga telah mempelbagaikan produk kraftagan dari hanya bakul kepada talam, bakul hantaran, pasu bunga, tempat alat tulis dan sebagainya Saya telah memiliki akaun Facebook dan Instagram untuk mempromosi dan memperluaskan perniagaan saya. Selain itu, saya juga telah pandai menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat handai serta rakan perniagaan untuk menjalankan urusan perniagaan. Saya juga belajar untuk mengambil gambar-gambar yang menarik untuk promosi hasil pembuatan saya di media sosial. 

Apakah yang Dipelajari Melalui PI

Semasa megikuti kelas asas  ICT dan kelas Usahawan saya mempelajari asas fotografi, diajar untuk mencari maklumat dan idea rekaan  baru untuk kraftangan.Cara mempromosi produk dan membuat rislah tentang produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI sangat banyak membantu saya dalam mendedahkan tentang dunia ICT,penggunaan media sosial, tips perniagaan dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berurusan dengan pelanggan. Ia memberi saya ilmu baru dan membantu saya mengatur strategi untuk mempromosi perniagaan saya. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang perniagaan dan boleh mengikuti trend perniagaan terkini. PI membantu saya untuk memasarkan pasu dan bakul surat khabar lama saya. PI juga mengajar usahawan untuk memasarkan produk melalui facebook dan MyShop.

 Gambar disini