TARIKH : 16 NOVEMBER 2019
MASA : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM
PENGUNJUNG : 112 ORANG
TUJUAN
Memperkenalkan PI secara keseluruhan dimana PI menyediakan pelbagai kemudahan ICT untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti yang merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar PI. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan,pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Pembangunan aplikasi ini diharapkan dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
AKTIVITI
Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi di mana semua pengunjung dan peserta dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan pada Hari Bersama Komuniti Kg Penan Muslim 2019:
Pendaftaran peserta dan pengunjung
Pemeriksaan kesihatan
Bengkel Keusahawanan
Pertandingan Membuat Tag Produk
Pertandingan MyShop
Pertandingan Menaip pantas
Pertandingan Membuat Video (Menarik di Kampung Saya)
Pertandingan Mewarna Poster
Pertandingan Mengarang Artikel
Kuiz Kahoot
Terdapat juga berberapa agensi yang terlibat untuk pameran dan taklimat. Antaranya adalah:
Kementerian Kesihatan
Telekom Malaysia (TM) Bintulu
Lembaga Tabung Haji
Celcom
Pada jam 10.30 pagi semua pengunjung diberi taklimat Klik dengan Bijak daripada petugas pusat internet mengenai Penipuan di Internet dan taklimat juga promosi daripada agensi yang terlibat. Program diteruskan dengan Ceramah kesihatan daripada Kementerian Kesihatan tentang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).