mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN – PUAN LATIFAH BT MD YASIN

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Latifah bt Md Yasin

Tarikh Lahir : 22 Disember 1978

Umur : 39 Tahun

Pekerjaan : Pembantu Kantin

Pendidikan : SPM

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengenali dunia ICT, saya langsung tidak tahu menggunakan aplikasi telefon bimbit dan komputer. Saya memulakan perniagaan dengan menjual kuih kering di kawasan kampung sahaja. Setelah mengenali internet di PI1M, saya telah membesarkan pasaran produk di facebook serta kumpulan-kumpulan whatsapp. Dengan itu, saya sering membuka tempahan pada setiap minggu.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Saya telah menghadiri beberapa kali program dan kelas yang telah diadakan di PI. Salah satu bengkel yang sangat berguna ialah Bengkel Fotografi Produk. Ini adalah kerana, untuk membuat pemasaran di internet, gambar merupakan satu factor yang besar untuk menarik minat pembeli. Dengan itu, saya telah menggunakan ilmu fotografi ini untuk mengambil gambar produk saya untuk dimasukkan ke dalam facebook. Selain itu, saya juga belajar cara untuk membuat dan menggunakan emel. 

Apakah yang Dipelajari Melalui PI

  • Membuat penerangan produk secara lebih terperinci untuk makluman pembeli di facebook
  • Fotografi produk.
  • Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI banyak membantu saya dalam mendedahkan tentang keselamatan dalam penggunaan media sosial, tips permasarandalam talian dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berurusan dengan pelanggan. Bahkan, saya juga didedahkan cara mengambil gambar produk yang lebih baik untuk memasarkan produk saya. Ia memberi saya ilmu baru dan membantu saya mengatur strategi untuk mempromosi produk-produk saya.

Gambar Disini