Utama
| Tarikh | : 5 Julai 2026 |
| Masa | : 03:00 PM – 04:00 PM |
| Lokasi | : NADI Kampung Penan Muslim |
| Peserta | : 2 peserta |
AKTIVITI
Program NADI E-Sport ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan emosi semasa menyertai pertandingan e-sukan. Dalam dunia e-sukan yang kompetitif, aspek kawalan emosi seperti tekanan, marah, cemas dan terlalu yakin memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi pemain.
Sesi ini akan memberi fokus kepada teknik mengawal emosi sebelum, semasa dan selepas pertandingan, termasuk strategi mengekalkan fokus, ketenangan, serta semangat kerjasama berpasukan. Peserta juga akan didedahkan kepada cara menangani kekalahan secara positif dan mengekalkan motivasi untuk terus meningkatkan kemahiran.
Melalui program ini, diharapkan peserta dapat membina disiplin diri, ketahanan mental dan sikap profesional dalam arena e-sukan, seterusnya melahirkan pemain yang lebih seimbang dari segi kemahiran teknikal dan emosi.
Sejarah
Kampung Penan Muslim telah diterokai dan dibuka pada tahun 1968. Pada ketika itu, kampung ini hanya dikenali sebagai Kampung Batu 10 sahaja, kerana kedudukannya terletak 16km dari bandar Bintulu. […]


