Kebanyakan penduduk kampung ini menjalankan aktiviti pertanian yang hanya dilakukan untuk sara diri sahaja. Mereka tidak mengusahakannya secara besar-besaran dan hanya dijalankan di kawasan kebun yang kecil dan di sekeliling rumah. Antara tanaman yang diusahakan seperti pisang, serai, jagung, nenas, sawi dan sebagainya. Tanaman ini hanya untuk keperluan keluarga ataupun dijual di dalam kampung sahaja.