TARIKH : 21 DISEMBER 2019
MASA : 7.30 PAGI – 1.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM
PENGUNJUNG : 110 ORANG
TUJUAN
Memperkenalkan PI secara keseluruhan dimana PI menyediakan pelbagai kemudahan ICT untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti yang merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar PI. Selain itu, aspek kesihatan juga diutamakan selain daripada lestari ICT.
AKTIVITI
Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi di mana semua pengunjung dan peserta dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan pada Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Kg Penan Muslim 2019:
Pendaftaran peserta dan pengunjung
Pemeriksaan kesihatan (KOSPEN)
Senamerobik
Demo Berus Gigi (Klinik Pergigian Bintulu)
Pertandingan Sushi Sihat
Pertandingan Mengisi Air dalam Botol
Pertandingan Menulis Artikel (Tips menjaga kesihatan)
Pertandingan Muat Naik Produk ke Myshop
Taklimat dan Kuiz Advokasi KDB
Kuiz Kahoot
Pertandingan Senaman Poco-poco
Terdapat juga berberapa agensi yang terlibat untuk pameran dan taklimat. Antaranya adalah:
Klinik Kesihatan Bintulu
Jabatan Pergigian Bintulu
Telekom Malaysia (TM) Bintulu
KWSP
Jabatan Pertanian Bintulu