TAKLIMAT SAFE : LAMAN WEB MERBAHAYA

Laporan Aktiviti | November 20, 2025
Tarikh : 19 November 2025
Masa: 03:00 PM – 04:00 PM
Lokasi: NADI Kampung Penan Muslim
Peserta: 3 pelajar

AKTIVITI

Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta tentang bahaya melayari laman web tidak selamat serta cara mengenal pasti tanda-tanda laman web berisiko. Peserta akan diperkenalkan kepada contoh situasi sebenar seperti laman web palsu, penipuan dalam talian, pautan mencurigakan, serta ancaman seperti malware dan phishing. Melalui aktiviti interaktif, peserta akan belajar langkah-langkah keselamatan asas seperti memeriksa URL, memastikan ikon mangga (HTTPS), mengelak memuat turun fail mencurigakan, dan menggunakan tetapan perlindungan pada peranti. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memastikan peserta lebih berwaspada ketika melayari internet.

Gambar Disini