TINY TECHIES INOVASI ROBOTIK SIRI 1
| Tarikh | : 18 April 2026 |
| Masa | : 10:00 AM – 11:00 AM |
| Lokasi | : NADI Kampung Penan Muslim |
| Peserta | : 3 peserta |
AKTIVITI
Program ini memperkenalkan peserta, khususnya kanak-kanak, kepada dunia inovasi dan teknologi melalui asas robotik yang menyeronokkan dan interaktif. Peserta akan didedahkan dengan konsep asas robotik, termasuk cara robot berfungsi, komponen utama, serta bagaimana teknologi digunakan dalam kehidupan seharian.
Melalui aktiviti praktikal dan pembelajaran secara hands-on, peserta berpeluang membina dan menguji robot ringkas sambil mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan logik. Program ini juga bertujuan memupuk minat awal dalam bidang STEM serta menggalakkan inovasi dalam kalangan generasi muda.
Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna serta mencetuskan minat peserta untuk terus meneroka dunia teknologi pada masa hadapan.